BEBERAPA WASIAT ROSULULLAH S.A.W.
KHUSUS UNTUK WANITA / ISTERI.
1.
Wanita yang ta'at
pada suaminya, semua burung-burung di udara, ikan-ikan di air,
malaikat-malaikat di langit , matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya,
selama mana ia masih ta'at pada suaminya dan diridhoinya.
2.
Wanita yang
bermasam muka, menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut
dimurkai Allah, sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
3.
Wanita yang lari
dari rumah suami-nya, tidak diterima sholatnya, sehingga ia kembali dan
mengulurkan tangannya kepada suaminya meminta ma'af.
4.
Wanita yang keluar
rumah dengan memakai bau-bauan berjalan melintasi satu kaum ( lain, yang ajnabi
) agar mereka tercium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina dan setiap mata
yang memandangnya itu berzina.
5.
Wanita hendaklah
mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya.
6.
Wanita yang
berkata pada suaminya "Tidak pernah aku mendapat darimu satu kebajikan
pun" Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun. Walaupun ia berpuasa
di siang hari dan beribadah di malam hari.
7.
Wanita apabila
mulai sakit untuk bersalin , maka Allah mencatatkan baginya pahala orang-orang
yang berjihad pada jalan Allah.
8.
Wanita apabila
sholat lima waktu, puasa sebulan Romadhon, memelihara kehormatannya, serta
ta'at akan suaminya, masuklah ia dari pintu syurga mana-mana sahaja yang ia
kehendaki.
9.
Wanita yang
sebaiknya ialah apabila engkau memandang, akan menggembirakan engkau, jika
engkau menyuruh ia ta'ati dan jika engkau berpergian, dijaganya harta engkau
dan dirinya.
10. Wanita yang meminta suaminya mentalakkannya dengan tiada
sebab yang dibenarkan syara' haramlah baginya bau syurga.
11. Wanita apabila dipanggil ke tempat tidur, tetapi ditolaknya,
maka marahlah suaminya, akan tidur wanita itu dalam laknat malaikat hingga
pagi.
12. Wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya, akan berada
dalam kemurkaan Allah hingga ia kembali ke rumah atau diridhoi oleh suaminya.
13. Wanita yang mengandung janin dalam rahimnya , maka
beristighfaar para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari
seribu kebajikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.
14. Wanita yang bersholat dengan tidak mendo'akan suaminya ,
maka akan ditolak sholatnya.
15. Wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api , maka diharamkan muka
dan tangannya dari bakaran api neraka.
16. Wanita yang membuat kebajikan pada suaminya, dengan
meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan
mengguntingkan kukunya, memberi minum, Allah akan sediakan dia dari
sungai-sungai syurga, serta diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan akan
didapatinya akan kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, serta
mencatatkan Allah bagi kelepasan dari neraka dan selamat ia melintasi Titian
Shirotul Mustaqiim.
17. Wanita yang mendurhaka ialah apabila menghalang suami dari
bersuka-suka dengan dirinya, keluar rumah tanpa izin suaminya, selama suami ada
di rumah atau tidak, keluar belajar 'ilmu yang bukan fardhu 'ain, enggan
bersama suami, mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk ketika suami ingin
masuk, bermasam muka ketika berhadapan dengan suami, minta cerai, bercakap
kasar, berpaling atau membelakangi ketika bercakap, menyakiti hati suami dengan
perkataan atau perbuatan, meninggalkan tempat tidur, membenarkan masuk ke rumah
orang yang tidak disukai suami.
18. Wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
memasukkan ia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya, karena ia memuliakan
suaminya di dunia, maka ia mendapatkan pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun
ke mahligai suaminya dan menghadapinya.
WALLOOHU A' LAM BISH-SHOWAAB
Semoga Memberi Manfa'at Kepada Kita
Semua , Khususnya Yang Membaca
Yang Menyampaikan Dan Yang Menerimanya.
AMIIN !
0 komentar:
Post a Comment
monggo / silahkan beri komentarnya.